Wellcome to Jeymind18

Monday 4 March 2013

Bagaimana Isteri Yang Solehah Membuat Suaminya Ridha:



Bagaimana Isteri Yang Solehah
Membuat Suaminya Ridha:
Syeikh
al-Qathan telah menyebutkannya dalam pernyataan yang berikut ini:
01.
Memiliki akidah yang mulia / bersih.
02.
Membantu suaminya dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.
03.
Berhias, bersolek dan berdandan hanya untuk suami serta berusaha menampilkan
diri dalam suatu pembaharuan.
04.
Menghiasi diri dengan memakai emas, tetapi hanya sekadarnya sahaja dan dari
emas yang harganya lebih rendah.
05.
Memilih minyak wangi yang disukai suami.
06.
Tidak perlu bekerja dan mencari penghasilan sendiri, kerana gajinya tidak
diperlukan suami. Jika dia hendak bekerja, mestilah mendapat keredhaan
suaminya.
07.
Memuji suami dengan kata-kata yang lembut, sehingga membangkitkan kasih sayang
di antara keduanya.
08.
Menghadapi suami dengan wajah yang berseri dan jangan sesekali berwajah muram.
09.
Menjauhi rokok terutama di hadapan anak-anak.
10.
Menikmati hari cuti dengan bergembira bersama anak-anak dan bertemasya.
11.
Menghindari tempat yang akan menimbulkan syubhat supaya tidak menimbulkan
anggapan yang buruk,
12.
Menjaga pesan suami ketika dia berpergian dan menerima kepulangannya dengan
wajah ceria.
13.
Mesti pandai menguruskan keadaan rumahnya dan tidak hanya menyerahkannya kepada
pembantu rumah.
14.
Ikhlas, sabar dan tulus jika suami sedang sakit.
15.
Menjaga nilai-nilai dan akhlak dalam kehidupan rumah tangga, lebih menonjolkan
iman jika dia kaya atau miskin.
16.
Turut menangis atau berpura-pura menangis jika suami menangis kerana sesuatu.
17.
Menghidupkan suasana kasih sayang ketika berbual melalui telefon jika suami
berada di tempat kerja atau ketika berjauhan.
18.
Mendidik anak yang tua, sama ada lelaki atau perempuan untuk menjadi pengganti
ibu bapanya dalam mengatur rumah.
                Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan isterinya
juga balas memandang kepadanya, maka Allah telah melihat mereka berdua dengan
pandangan rahmat."
                Jika seorang lelaki memegang
tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa mereka berdua dari sela-sela
jari-jari mereka berdua.
                Diceritakan dari Nabi s.a.w.:
Sesungguhnya seorang lelaki itu (ketika) menyetubuhi isterinya, maka baginya
telah dicatat memdapat pahala kerana persetubuhan itu seperti pahalanya anak
lelaki yang ikut berperang membela agama Allah lalu terbunuh.
                Syeikh Ibrahim bin Shalih al-Mahmud
berkata: Jalan yang paling mudah untuk mendapat keredhaan suami ialah dengan
senyuman, kata-kata yang manis, berakhlak mulia, belaian yang lembut, memakai
perhiasan yang serasi dan menjaga kebersihan. Isteri juga mesti mengetahui hak
suami ke atas dirinya lebih besar daripada haknya ke atas suami, berdasarkan
firman Allah s.w.t.: "Para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan
daripada isterinya." (Al-Baqarah: 228)
                Syeikh al-Halwani seorang
pendakwah Islam di Thaif mengatakan: Isteri mesti berusaha membuat suaminya
redha, sesuai dengan batasan petunjuk yang mulia: "Tidak ada ketaatan
terhadap makhluk dalam kederhakaan terhadap Khaliq." Ia merupakan kaedah
yang utama meliputi beberapa perkara yang penting. Di antaranya ialah:
1.
Jangan biarkan suami mencium bau yang busuk dari dirinya. Pastikan dia sentiasa
wangi dan bersih.
2.
Jangan menyambut kepulangannya dengan memakai pakaian yang kotor dan comot.
3.
Menjaga penampilannya.
4.
Memperhatikan keadaan suami dan menjaga perasaannya.
5.
Jangan menyuruh suami melakukan pekerjaan rumah yang seharusnya dilakukan oleh
isteri, dengan alasan bahawa nabi s.a.w. memerintahkan para suami membantu
isterinya menyelesaikan kerja-kerja rumah. Isteri mesti melakukannya sendiri.
6.
Menghadapi berbagai masalah dengan lapang dada.
7.
Memenuhi berbagai ruang, satu persatu.
 ------------------------------------------------------------------
Adab-Adab
Seorang Isteri & Wasiat Seorang Ibu
1.       Adab-Adab
Seorang Isteri:
Seorang
wanita memberikan nasihat kepada anak perempuannya yang akan berkahwin: Jagalah
sepuluh perkara ini untuk kepentingannya:
1 &
2.     Dampingilah dia dengan penuh
kerelaan dan bergaullah dengan baik.
3 &
4.     Jagalah tempat yang menjadi sasaran
mata dan hidungnya. Bersihkan diri agar sedap matanya memandang.
5 &
6.     Jagalah waktu makan dan tidurnya,
kerana rasa lapar dan tidur yang terganggu akan menyebabkannya marah.
7 &
8.     Jagalah hartanya dan jalinkan
hubungan yang baik dengan keluarganya.
9 &
10. Janganlah menderhakai perintahnya dan jangan membocorkan rahsianya.
Janganlah bergembira di hadapannya, jika dia sedang berduka dan janganlah
berduka jika dia sedang bergembira.
2.       Wasiat Seorang
Ibu Untuk Anaknya
                Setelah
Al Haris bin Amr, Raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan Auf bin
Muhlim, di waktu utusan di raja hendak membawa pengantin perempuan untuk
disampaikan kepada Raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya
ini. Dia berkata:-
"Wahai anakku!
Kalaulah wasiat ini untuk
kesempurnaan adabmu
aku percaya kau telah mewarisi
segala-galanya,
                Tetapi
!
                Ia
sebagai peringatan untuk yang lalai
                Dan
pedoman kepada yang berakal.
Andai ibu-bapamu dapat memberikan
segala-galanya nescaya,
tidak perlu bagimu seorang suami
dan kau terlalu berharga bagi
kami,
                                Tetapi
!
                                Wanita
dicipta untuk lelaki
                                Lelaki
dicipta untuk wanita.
                Berceraila
kau dari ayunan buaianmu
                meninggalkan
teratak tempat besarmu
                melangkah
menuju ke alam baru
                yang
belum kenal
                yang
belum biasa
                                Kau
milik suamimu
                                anggap
dirimu sebagai hamba
                                tentunya
suamimu
                                jadi
teman yang paling setia
                Bawalah
wasiat dariku
                sepuluh
sifat
                sebagai
bekalan perjalanan
                menuju
alam bahagia
                                Relakan
hatimu
                                sekadar
yang ada
                                semoga
suci hatimu
                dengan
taat setia
                dan
hulur tanganmu
                tanda
mahu berganding bahu
                jauhkan
dirimu dari
                segala
yang jelek
                yang
dihidu atau dipandang mata
                juga
awasi gerak lakumu
                agar
tidak sumbang mengguris rasa
Sembunyikan suram wajahmu
gantikan ia dengan sinar
secerah sang suria pagi
                                Dan
badan yang semerbak harum
                                bermandikan
bauan
                                mata
berpasak, kening bercelak
                                itu
menambah seri
                                itu
membankitkan berahi
                                dan…………….
                                air
cukup memada
                                bagi
yang tiada
Jaga masa makannya
juga waktu tidurnya
kerana,
perut kosong hilang bicara
mata mengantuk hilang kesabaran
di dada
                                Kunci
mulutmu
                                tabahkan
hatimu
                                badanmu
terselamat
                                jiwa
temanmu tidak terseksa
                Simpan
dulu kerianganmu
                di
kala dia berduka
                pendamkan
kesedihanmu
                di
kala dia bergembira
                akibat
aksi tidak senada
                hilang
simpatimu disebab pertama
                keruh
suasana disebab kedua
Hulur tanganmu……
andai kau menghulur sebelah
tangan
nescaya dia menghulur kedua belah
tangan
tidak cukup tangan, nyiru pula
ditadahkan
                Ketahuilah !
                Kasihmu
tiada sampai ke mana
                Jika
hatimu berdua tidak sejiwa
                kasih
kau, kasihlah dia
                benci
kau, bencilah dia
                Allah
saja yang menentukan nasibmu."
                "Kau
bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu." Beginilah ibu
tadi menambah pesanan kepada anaknya. Seterusnya wanita ini telah tercapai
kedudukan yang mulia di sisi suaminya. Dia telah memperolehi tujuh orang anak
lelaki, yang semuanya mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman selepas ayah
mereka. Beginilah seterusnya statusnya wanita-wanita yang memiliki kelebihan.
                Aku
sudahi dengan nama Allah, semoga Dia memberi taufik dan hidayat. Amin.

No comments:

Featured post

Hak dan kewajiban suami istri menurut imam mazhab

--> Kewajiban suami atau hak istri a)       Meminpin, memelihara dan membimbing keluargaserta menjaga dan bertanggung jawab atas ...

Popular Posts